Posts

Showing posts from 2019

Rasa

Simpan rasa Simpan semua Ikat biar tersimpul sempurna Kerana beban itu Allah yang janji Ada jalannya

Tali Hati

Tambatlah hati, Agar bertaut, Subur kembali, Kepada Allah. Tambatlah hati, Simpul mati, Jangan biarkan, Tenggelam dan sepi, Dalam kemeriahan, Ladang dunia, Tempat bercucuk tanam, Agar kembali kepada Allah Dalam selamat Dalam sejahtera Taqabbal minni ya Allah. Mohon di tsabatkan hati. Biar membawa ke syurga abadi.

Seunik Witir

Penutup witir yang menggetarkan, Sebak suaranya Bergetar suaranya Memenuhi segenap ruangan masjid Tersenyap seketika Menahan sebak Disambung dengan kata Ya Allah andai ini ramadhan terakhir Pecah empangan air mata jemaah Diulang lagi Seolah tidak puas dengan sekali Seperti anak kecil merayu pada sang ibu Ya Allah andai ini ramadhan terakhir kami Ampunilah dosa kami, terimalah amalan kami. TaqabbalMinni. https ://youtu.be/Zhz8zfARURE

Semangat Sang Saga

Di antara merahnya langit fajar Atau redupnya mentari senja Semuanya adalah saksi Betapa masa itu berlalu Sedang diri tumbuh Menjadi insan baru Berjalan atau berlari Jatuh dan bangun Membina diri hari ini Dan bukan itu semata Tapi unsur yang lain Yang tidak terucap syukur Atas pertemuan dan didikannya Alhamdulillah Bismillah Moga rahmat Allah sentiasa menemani. Jazakumullah Khairan Kathira Y ang membesar antara fajar saga Dan merahnya senja.

Its ok

Lepas rasa Berat tapi tidak mengapa Kerana kebaikan Tidak akan sekali-kalinya Terhimpun Antara jernih dan keruh Fitrahnya begitu Dan menjadi muslim itu Harinya perlu lebih baik Detiknya pun sama Indahnya jalan Moga sinar akan muncul tiba

Dinanti

Antara jujur dan bohong Itu sahaja pilihan yang dipunya Tiada isitilah yang sederhana Untuk ditenangkan Berjalanlah Mohon pada Allah Agar diberikan hati yang kuat Agar sakitnya berlalu Agar iktibarnya kekal dan membugar Mohonlah pada Allah  Agar tidak terulang segalanya Bangkit dan bangun Kerana itu fitrah perjalanan Mohon pada Alalh Sepenuh hati. Sebulat suara Senekad kata Seteguh langkah عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ " .